haii !

assalammualaikum(w.b.t) dan salam 1 Malaysia. ehem2x, okay aq x tahu nak cakap apa but aq dah terlanjur. i mean bukan terlanjur in another meaning, but terlanjur dan menggatal menekan New Post di blog 10th GENESIS niyy. so, aq rasa dah dekat 1 minggu cuti kita. and korang pasti sedang bergembira dengan homework tersayang. pesanan daripada aq, kalau ke mana2 bercuti hatta di bawah pokok durian pun, homework jangan dilupakan. bawak saja atau simpan dalam beg mahal korang meskipun tak menyentuhnya. barulah kelihatan seperti pelajar pra PMR yang bakal berjaya. insyaallah. ;)

herm, apakah perasaan korang semua bila pulang ke maktab? pada mulanya sudah pasti korang semua akan ber-feeling teruja lebih2 lagi para gadis yang mempunyai banyak cerita untuk di-stollymollykan. para pemuda pula pasti akan bercerita pasal bola. lebih2 lagi setelah perlawanan bola sepak antara 2 kelab gergasi Eropah, Manchester United dan Barcelona. mereka semua pasti berjaga malam di samping melantak kerepek dan air kopi di sisi. kepada para penyokong MU, takziah aq ucapkan. Dimitar Berbatov korang kurang menyerlah  pada malam itu. kepada para penyokong Barcelona, tahniah aq ucapkan. Lionel Messi korang memang hebat pada malam itu.

tapi, adakah korang sedar pada prep malam itu setelah berbangga dengan beg baru ataupun sandal baru yang baru diborong pada cuti semester lepas, yang ada tiga buah bangku kosong di kelas Musytari, Uranus dan Zuhal? oh iya, baru korang sedar. dan mungkin akan ada sesi mengenang memori lama seperti di bawah.

jhjhkhj: eh2x, rindu pulak nak dengar zikir Nissa kan3x.
adreese: aitt, Ganu mana yerk?
yyyffffsss: sobsobs, teringat Farisha pulak.

senario itu mungkin akan terjadi. sudah menjadi kebiasaan bagi kita semua apabila orang tersayang berpindah meninggalkan kita semua. senario ini mungkin akan berulang apabila ayahanda tersayang kita, En Zamri Mohamad Esa yang akan berpencen pada semester depan. mungkin akan ada titis2 air mata apabila mengenang perjuangannya yang susah payah melontarkan suaranya yang tidak berapa kuat sewaktu memberi ucapan pada setiap Perhimpunan Rasmi.

berbalik semula kepada topik asal kita. kita mungkin akan terasa kehilangan rakan2 kita yang akan berpindah ke MRSM yang berpusat di negeri pengeluar utama telur penyu di negara kita. mereka semestinya membuatkan kita sering memandang ke arah tempat duduk kosong yang selama ini berpenghuni. mungkin juga kepada sesetengah rakan kita yang akan tak dapat tidur malam sebab katil sebelah tidak berpenghuni. terpaksalah mereka memandang ke arah dinding bilik yang putih lagi suci daripada memandang ke arah kemungkinan2 adanya kain kapan yang berbalut yang berwana putih lagi suci juga. sesungguhnya pemergian mereka bertiga amat memberikan kesan kepada kita semua.


kepada Nur Hanisah Mariah, Muhd Nur Asyrul dan Nur Farisha yang akan bermigrasi di MRSM lain, teruskanlah perjuangan korang. BM 'A'!!. dan jangan lupakan sesekali teman2 10th GENESIS korang. ingat, berusahalah demi kejayaan PMR yang akan menjelang tiba pada tahun depan.

sekian sahaja coret2 aq pada entri kali ini. sebarang kesilapan kata harap dimaafkan. sesungguhnya yang BAIK itu datang daripada ALLAH S.A.W dan yang KURANG BAIK itu datangnya daripada AQ. sekian, wassalam.

HIDUP MESTI BERIA!!! GO,GO,GO 10TH GENESIS!!! PMR 2012 100% ALL A'S!!

P/S: MR.Ganu send his regards to all of you.

Comments

  1. er , sekadar nak bagitahu . jgn guna nama genesis utk nama batch korang , sbb tu nama slh satu surah dalam bible . er , kalau tak percaya cuba google .

    dari ;
    ahli S.O.U.L. mrsm mersing .

    ReplyDelete

Post a Comment

Nice words only :)